“The ACEH CODE” | 21 WASIAT SULTAN
ACEH
Oleh Tan Sri Sanusi Junid (*
![]() |
| Sultan Iskandar Muda |
Sebuah
translaterisi manuskrip dari kerajaan Islam Bandar Aceh Darussalam telah
ditemukan di perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Manuskrip ini
merupakan 'Wasiat Sultan Aceh' kepada pemimpin-pemimpin Aceh pada 913 Hijriah
pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal hari Ahad bersamaan 23 Juli, 1507.
Isi buku
tersebut ialah sebuah kunci untuk rakyat yg di simpan oleh Raja-Raja aceh
terdahulu untuk generasi Aceh di masa yang akan datang, isi dalam buku tersebut
hanyalah seuntaian wasiat sekaligus nasehat yg dipersembahkan kepada anak cucu
generasi Aceh selanjutnya.
Apa yang
dilakukan oleh Rakyat Aceh dahulu dalam keseharian mereka sehingga Aceh punya
hari yang indah nan gemilang. Satu hal yang perlu dicermati bersama adalah pada
saat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam berdiri, Sultan Ali Mughayat Syah
mengistiharkan “The Aceh Code” atau "Pohon Kerajaan Aceh". "Aceh
Code" ini merupakan 21 kewajiban yang harus dilakukan oleh seluruh rakyat
Rakyat Aceh pada saat itu.
Beginilah
transliterasi manuskrip dari Kerajaan Islam Aceh Bandar Darussalam yang
bertajuk :
KEWAJIBAN RAKYAT
KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM
Maka Inilah
Pohon (struktur) Kerajaan Aceh Bandar Darussalam
Bismillahirrahmanirrahim,
Amma Ba'du
Mulai terdiri
Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu pada tahun 913 Hijriah pada tanggal 12
Rabi'ul Awwal Hari Ahad bersamaan 23 Julai, 1507. Atas nama yang berbangsawan
bangsa Aceh iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah
Johan Berdaulat...;
Maka pohon
kerajaan mulai tersusun oleh yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada
kerajaan puteranya yang kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar
Ali Riayat Syah...;
Kemudian
hingga sampai pada masa kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah
perkasa yang masyhur al-mulaqaab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin
Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah Fil
Alam...;
Iatiu telah
ijmak keputusan sabda muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim
ulamak dan hulubalang dan menteri-menteri...;
Iaitu telah
ditetapkan dia dan telah difaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad
dengan memberitahu dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut
menjalankan dan melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar
Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib difayahkan di atas seluruh
rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya...;
Bahawasanya
kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh
dan kerajaan Aceh dan alam Aceh...;
Yakni satu
negeri satu bangsa dan satu kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam
dengan mengikut syariah Nabi Muhammad SAW...;
Atas jalan
ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan mengambil hukum daripada Qur'an dan Hadis dan
qias dan ijmak ulamak ahlu-sunnah wal jamaah...;
Dengan hukum
dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak
Rasullulllah dan syarak kami...;
Bernaung di
bawah Alam Merah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung di bawah
panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW...;
Dari dunia
sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa :
Pertama,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukaallaf dan bukan
gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam
iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang
bernama senjata.
Kedua,
tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau meunasah
maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah di pakai kain
merah dan putih sedikit yakni kain putih.
Ketiga,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang
sebagainya.
Keempat,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengajar dan berlajar pandai emas dan
pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan.
Kelima,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan belajar
membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid dan
menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya.
Keenam,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam
negeri dan luar negeri dengan bangsa asing.
Ketujuh,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal.
Kedelapan,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur
lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan pendekar silek dan
barang sebagainya.
Kesembilan,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan megajar
ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq ( berpakaian ) mazhab
ahlu-sunnah wal jamaah r. ah ajmain.
Kesepuluh,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada belajar dan
mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal jamaah r. ah
ajmain.
Kesebelas,
sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas jalan Mazhab
Imam Syafi'i r.a. di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat Nabi
Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan dengan
cukup syartan ( syarat ). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad
memegang kepada Mazhab Syafi'i yang jadid.
Keduabelas,
sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah dan tidak
diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan meunasah-meunasah
maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian ada yang mustahak
menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka janganlah
sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang mustahak
dibahagi lapan.
Ketigabelas,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa apa pun
apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu.
Keempatbelas,
diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar mengukir kayu-kayu
dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu dengan berapa banyak
pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah bata yang ditumbok serta
batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah diayak itulah adanya.
Kelimabelas,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas di
mana-mana tempatnya dalam negeri.
Keenambelas,
diwajibkan di atass sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan seperti kerbau dan
sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal dalam syarak agama
Islam yang ada memberi manfaaf pada umat manusia diambil ubat.
Ketujuhbelas,
diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan Nabi
SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi
kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti
makan khanduri maulut.
Kedelapanbelas,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada tiap-tiap tahun
mengadakan Khaduri Laut iaitu di bawah perintah Amirul Bah yakni Panglima
Laot.
Kesembilanbelas,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri Blang pada
tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing di bawah perintah Penglima Meugoe
dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu.
Keduapuluh,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian kain sutera
atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna kuning atau
warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya iaitu Kaum
Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan sayed-sayed yang
turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina Husin keduanya
anak Saidatina Fatima Zahra Nisa' Al-Alamin alaihassalam binti Saidina
Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang tersebut
yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris Kerajaan
Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh kerajaan
dibolehkan memakainya; kepada siapapun.
Keduapuluhsatu,
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan sekali-kali memakai
perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda ketiga Karunia keempat
Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada ( Paduka ) kedelapan
Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana kesebelas Takhta
keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri Baginda
kelimabesar Permaisuri keenambelas Ta.
Maka
demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh
Bandar Darussalam adanya.
Maka
hendaklah menyampaikan sabda muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang
Menteri kami kepada sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah
dan mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong dan
baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk dan
kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan muda-muda
dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan kecil menurut
kadarnya dan ilmunya;
Iaitu
mudah-mudahan insya Allah ta'ala dapat selamat bahagia sekalian umat manusia
dalam negeri Aceh Bandar Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu
siapa menjadi manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan
majlis dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya
terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan bahaya
dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh daripada lembah
kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;
Supaya
terpeliharalah negeri kami Aceh dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan
usaha yang banyak supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara
rakyat dengan kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasaad serta dengan
taqwa dan tawakkal kepada Allah ta'alaa dengan menahan sabar daripada kepayahan
maka tentu akhirnya insya Allah ta'ala dapat jadi kebajikan bersama-sama dengan
saudara-saudara-saudara Islam yang dalam negeri Aceh dengan berkasih-kasihan
dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak Rasul dan Syarak Kerajaan.
Sanah 1272
Hijriah ( 1855 Masehi )
***
Inilah Pesan
Wasiat Raja Aceh di masa silam untuk rakyat aceh dan generasi selanjutnya,
sedangkan dalam buku tersebut masih sangat banyak nasehat-nasehat lain dan
hikayat atjeh dimasa silam sebagai mana seorang ulama yg disebutkan dalam buku
tsb, telah menulis sebuah hikayat yg intinya dalam hikayat tsb ulama itu
memprediksi akan kondisi aceh di masa akan datang akhir dari hikayat ulama tsb
mengatakan yg intinya:
“Aceh akan
kembali maju pada suatu masa, Pada saat itu jika Lamiet akan
kembali kepada Lamiet dan yang hak akan kembali kepada mereka yang
berhak menerimanya”
Dari 21
pesan2 raja di atas secara detail dapat disimpulkan bahwa dalam nasehat2 itu
mengandung 5 nilai hidup utama yang Islami yg menjadi falsafah dan prinsip
yaitu :
1. AMANAH (Amanah
direpresentasikan dalam pasal 17, 18 dan 19.)
2. BERANI (Berani
terangkum dalam pasal 1, 7 dan 8)
3. DISIPLIN (Disiplin
terkandung dalam pasal 2, 9, 10, 11, 12 dan 13.)
4. RAJIN (
Rajin ditemukan dalam pasal 3, 4, 5, 6, 14, 15 dan 16. )
5. SETIA (Setia
pula dapat kita lihat pada pasal 20 dan 21.)
Dari kelima
pesan inilah terlukiskan seberapa sayangnya raja-raja dan ulama-ulama atjeh di
masa silam dalam menjaga Hak tanah yg suci yg sudah lama mereka perjuangkan dan
sebagai rasa cintanya kepada generasi selanjutnya mereka mempersembahkan
untaian nasehat yg sangat bermanfaat dan yang tak ternilai harganya.
Maka sesudah
habis mendengar khabar maka ulamak telah bertanya apakah padahnya jika wasiat
itu diabaikan. Maka menangislah Seri Baginda Sultan sebab kerana sayangnya
kepada umat manusia pada masa akan datang serta Seri Baginda dalam tangisannya
mengucap sabda dengan kata syair yang amat dalam maksudnya lagi nasihat yang
sangat baik tujuannya dan amat luas maknanya, iaitu inilah bunyinya syair
nazamnya:
Bismillahirrahmanirrahim.....
Jituka alim
dengan jahil; Jituka adee dengan inaya
Jituka murah
dengan bakhil; Cita akan zahir bak raja-raja
Jituka taat
dengan maksiat; Jiboh aniek mit keu ureung tuha
Jituka yang
la jimita yang mit; Tamsee aneuk mit yang tuha-tuha
Jituka iman
jitung murtad; Asai na pangkaat megah ngon kaya
Jituka yang
trang jitung yang seupot; Jitem meureubot tuwo keu desya
Jituka makmu
jitem tung deuk troe; Ureng yang bako tekala wala
Jituka
senang jitem tung susah; Peuget fitnah meuseunoh kadar
Jituka megah
jitung hinaan; Inong ngon agam male jih hana
Jituka luwah
jitem tung picek; Tanda mubaligh keurajeun raja
Jituka qanaah
jitem lubha; Alamat tanda akai tan lisik
Jituka sihat
jitung peunyaket; Jitem meusaket dengan hareuta
Jituka aman
jitem tung kacho; Nibak bala pebala dengan saudara
Ouh akhee
nanggroe lee that ban macam; Saboh yang asai saboh yang hana
Dalam
syuruga hideh yang asai; Penolong Tuhan keu mukmin dumna
Yang dalam
donya sinoe tan asai; Meunajih badan meu ubah rupa
Sejarah
telah membuktikan tatkala Aceh Code diimplementasikan secara terus
menerus, ia membawa kegemilangan bagi Aceh. Manakala Aceh Code diabaikan,
sedikit demi sedikit Aceh mengalami kemunduran sampai pada titik nadir.
Melihat
situasi di Aceh sekarang, saya merasa sudah waktunya Aceh Code sebagai
warisan endatu kita yang sangat berharga untuk kembali disosialisasikan dan
diaplikasikan –tentunya setelah dimodifikasi dan disesuaikan dengan kondisi
terkini- dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat Aceh. Bila hal ini dilakukan,
Insya Allah kegemilangan yang telah dicapai Aceh dalam bidang politik, ekonomi,
agama dan budaya di masa lampau akan kembali terulang.


No comments:
Post a Comment